get this widget here

Saturday, September 12, 2009

TEMAN



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam
dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda
adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa
kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda
dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak
mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap
paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

PANTUN RAYA



Kelantan...

Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar,
Kelik rayo taksir laju,
Nanti rayo dale sepita,

Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong,
Makang kepok cicah cuke,
Bulang pose mung bengong,
Bulang raye mung gile,

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin,

Johor...

Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke rie,

Melaka...

Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulau patok,
Kalu balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok,

N. Sembilan...

Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..

Wa cakap lu wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi gua dulu,

Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai,

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau,

Penang...

Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pesemboq,
Lepas raya usah dok triak,
Kalu ceti mai ikut dapoq,

Perlis...

Padang besaq kecik aja,
Tempat siam lalu lalang,
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah utang,

Tuesday, July 28, 2009

Ingatan buat aku




Jika aku memancing ikan, bila ikan itu terlekat pada mata kail, hendaklah aku mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali aku lepaskan ikan itu semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit. Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailku dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah aku memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangiku hendaklah aku menjaga hatinya. Janganlah sesekali aku terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamaku. Mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatiku....

Jika aku menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanku.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk aku menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika aku cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika aku memiliki seseorang terima lah seadanya. Janganlah aku terlalu mengaguminya dan janganlah aku menganggapnya begitu
istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi aku untuk menerimanya akhirnya aku kecewa lalu meninggalkannya. Sedangkan jika aku memaafkannya boleh jadi hubungan kami akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika aku telah memiliki sepinggan nasi yang aku pasti baik untuk diriku. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa aku perlu berlengah, dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan aku tidak boleh memakannya. Aku pasti akan menyesal.

Begitu juga jika aku telah bertemu dengan seorang insan yang aku pasti membawa kebaikan kepada diriku. Menyayangiku. Mengasihiku. Mengapa aku cuba berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, aku akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.