get this widget here

Tuesday, July 28, 2009

Ingatan buat aku




Jika aku memancing ikan, bila ikan itu terlekat pada mata kail, hendaklah aku mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali aku lepaskan ikan itu semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit. Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailku dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah aku memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangiku hendaklah aku menjaga hatinya. Janganlah sesekali aku terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamaku. Mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatiku....

Jika aku menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanku.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk aku menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika aku cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika aku memiliki seseorang terima lah seadanya. Janganlah aku terlalu mengaguminya dan janganlah aku menganggapnya begitu
istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi aku untuk menerimanya akhirnya aku kecewa lalu meninggalkannya. Sedangkan jika aku memaafkannya boleh jadi hubungan kami akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika aku telah memiliki sepinggan nasi yang aku pasti baik untuk diriku. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa aku perlu berlengah, dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan aku tidak boleh memakannya. Aku pasti akan menyesal.

Begitu juga jika aku telah bertemu dengan seorang insan yang aku pasti membawa kebaikan kepada diriku. Menyayangiku. Mengasihiku. Mengapa aku cuba berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, aku akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.


Sunday, July 19, 2009

Apa Yang Aku Percaya Tentang Cinta






Jika kita mencintai seseorang,kita akan
sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan bagi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi
hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika kamu
masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta
dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau
memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu.
Hanya
untuk menemukan bahawa pada
akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan
kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
kiranya kamu benar menyintainya
setulus hati.

Hati-hati dengan cinta,
kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin,
raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut
oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu
sayangi atau cintai
tersimpan keburukan di dalamnya
dan berkemungkinan apa yang kamu benci
tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam
bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam
bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam
semua bahasa manusia dan alam ,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang
yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...
dan kenangan adalah hal
terindah yang pernah dialami..

Siapapun pandai menghayati cinta tapi
tiada siapa yg pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh
di lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat
ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat
budak menjadi pemimpin.
Inilah
dasyatnya cinta!!

Permulaan cinta adalah membiarkan
orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya
menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak,
kamu hanya mencintai pantulan
diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila
kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu,
dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta
rasa tanda tanya dihatinya..

Cinta bukanlah kata murah dan
lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci
jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar
untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,
ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah
jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat.
Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut
demi membuktikan cinta yang
suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang
murni, luhur dan diperlukan.

Apa yang buta ialah bila cinta
itu menguasai dirimu
tanpa pertimbangan


Terima Kasih MAK Dan ABAH






Mak...
abang sayang mak
terima kasih jaga abang dari kecik sampai abang besar..
mak sanggup berlapar asalkan
abang dgn adik-adik tak lapar..
bila anak-anak mak sakit
mak sanggup tak tidur
semata-mata nak jaga kami...
mak sanggup tak pergi mana-mana
asalkan kami cepat sht...
mak tak pernah hilang sabar
dengan kerenah anak mak sorang ni..
mak selalu sabar
walaupun kadang-kadang
apa yang abang buat
buat hati mak sakit..
abang berdosa pada mak
sebab lukakan hati mak..
mak sanggup bergadai barang kemas yang ada
semata-mata nak bagi duit belanja kat abang..
mak tak kisah apa orang cakap
mak tetap didik
kami dengan cara mak sendiri..
dulu abang kecik lagi..
tak tau apa-apa
mak selalu nangis..
bila abang tanya
mak cakap mata mak masuk habuk..
tapi sekarang abang dah besar
mak dah tak boleh nak tipu lagi..
mak
kalau boleh abang tak nak buat
mak nangis lagi
abang nak mak selalu gembira
tapi
sampai sekarang ada saja yang abang buat
buat mak risau
jasa mak tak kan abang lupa
terima kasih mak
abang sayang sangat kat mak...

abah..
abang minta maaf kalau dulu
abang selalu lawan cakap abah..
abah tak bagi buat
dalam diam-diam abang buat gak..
pernah dulu sampai abah kejar
abang dengan rotan
lintang-pukang abang lari..
tapi
itu semua buat abang jadi manusia
sekarang ni..
kalau abah tak bertegas masa tu
abang tak tau abang jadi apa
di sebalik wajah tenang abah
kadang-kadang dapat abang lihat
kerisauan diwajah abah
walaupun abah tak tunjuk kat
kami adik beradik
tapi abang tahu
yang abah sayang kat kami
abah sanggup berhutang sana sini
semata nak abang belajar
capai cita-cita abang
abah sanggup tahan lapar
abah sanggup keje sana keje sini
semata nak dapat duit bagi kami
sekeluarga makan
walaupun badan abah sakit-sakit..
tapi lepas ni
lepas abang habis belajar
abang dapat kerja
abang dah tak nak abah buat keje berat-berat lagi
abang nak buktikan yang
anak mak ngan abah
yang selalu orang hina ni
pon boleh capai kejayaan..
terima kasih mak dan abah..
doakan abang berjaya jadi anak yang soleh....